Lebih RM2 juta rokok dirampas

KUCHING, 26 NOV – Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas 8,440 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM2,025,600 yang ditemui dalam sebuah lori yang ditinggalkan.

Komander PGA Briged Sarawak SAC, Datuk Khaw Kok Chin berkata bertindak atas maklumat dan risikan, PGA telah membuat serbuan ke atas sebuah lori di bandar raya Kuching pada pukul 9 pagi tadi. “Setelah menunggu lebih kurang satu jam, masih tiada pemilik yang tampil.” – Bernama