Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Lebih RM500 juta bina jalan raya pintasan Pengalat-Papar – PM Malaysia

    PAPAR, 1 JUN – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin, mengumumkan beberapa peruntukan tambahan untuk projek infrastruktur di kawasan daerah Papar, antaranya Projek Membina Jalan Raya Pintasan Pengalat-Papar yang melibatkan peruntukan RM538 juta.

    Beliau berkata selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 juta untuk Projek Menaik Taraf Jalan Raya Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut Papar.

    “Kerajaan Perpaduan juga meluluskan permohonan terbaru melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), meliputi Projek Sistem Perparitan Bagi Pekan Kinarut dan Taman Sungai Wang Kinarut, serta Projek Naik Taraf Jalan Taman Limauan Kinarut dan Pekan Kinarut ke Kampung Anak Somboy Kinarut,” katanya.

    Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Rakyat Parlimen Papar bersama Perdana Menteri, di Palm Square Kinarut, Papar, kelmarin.

    Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Ketua Menteri lll Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.

    Mengulas lanjut, Anwar berkata semua peruntukan berkenaan merupakan peruntukan tambahan kepada peruntukan sedia ada yang diumumkan sebelum ini untuk rakyat, khususnya di kawasan Papar.

    “Ia adalah peruntukan tambahan yang dipohon oleh Armizan khususnya untuk orang Papar dan saya berharap ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan ini,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada majlis program Semarak Perpaduan Rakyat sempena Sesi Ramah Mesra Bersama Paparian di Tapak Bazar Palm Square Kinarut Papar, 31 Mei 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...