Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lebih sejuta kes sembuh di Korea U

    SEOUL, 18 MEI – Korea Utara hari ini berkata lebih satu juta penduduknya sembuh daripada jangkitan yang disyaki COVID seminggu selepas negara itu mendedahkan penularan yang dilihat cuba diuruskan secara bersendirian dan pakar antarabangsa meluahkan kebimbangan mengenai ancaman kesihatan awam.

    Ibu pejabat antivirus negara itu mengumumkan 232,880 kes demam baharu dan enam lagi kematian hari ini. Angka kematian meningkat kepada 62 orang dan lebih 1.7 juta kes demam dilaporkan sejak penghujung April. Ia juga berkata sekurang-kurangnya 691,170 masih dalam kuarantin.

    Pakar luar percaya kebanyakan kes demam adalah COVID tetapi Korea Utara tidak mempunyai kit ujian yang mencukupi untuk mengesahkan perkara tersebut.

    Ia juga tidak jelas bagaimana lebih sejuta orang dapat sembuh dengan cepat apabila negara itu kekurangan peralatan perubatan dan kemudahan kesihatan serta 26 juta penduduknya masih belum diberikan vaksin. Beberapa pakar berkata Korea Utara mungkin membenarkan pesakit keluar daripada kuarantin sebaik sahaja demam mereka berkurangan.

    COVID telah membunuh kira-kira 6.3 juta orang di seluruh dunia dan angka sebenar dipercayai lebih tinggi. Negara-negara yang merekodkan jumlah penularan yang sama seperti Korea Utara telah mengesahkan ribuan kematian. – AFP

    Seorang petugas menyembur semburan nyahkuman di sebuah kilang di Songyo, Korea Utara. Korea Utara kelmarin melaporkan lebih satu juta kes sembuh daripada jangkitan yang disyaki COVID. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...