Lebih sejuta rakyat AS terima suntikan vaksin pertama

WASHINGTON, 24 DIS – Lebih sejuta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, satu mercu tanda penting dalam kempen imunisasi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat walaupun para pegawai mengakui sasaran awal penerima vaksin tersasar daripada yang dijadualkan.

Berita itu muncul ketika kes-kes memuncak semasa musim sejuk di seluruh negara, di mana virus itu telah mengorbankan lebih 320,000 jiwa dan hampir berada di tangga ketiga penyebab kematian tahun ini.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Robert Redfield berkata pihak berkuasa telah mencatatkan suntikan sejuta pertama bersama agensinya sejak kempen imunisasi terbesar dalam sejarah AS bermula pada 14 Disember lalu. – AFP