Lebih separuh remaja Sabah terima dos pertama vaksin

KOTA KINABALU, 26 SEPT – Lebih separuh atau 50.5 peratus penduduk remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. 

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata semalam 20,148 remaja telah menerima suntikan vaksin itu menjadikan jumlah kumulatif remaja menerima dos pertama seramai 215,249 orang. 

“Ini angka memberangsang-kan sejak Sabah memberi kebenaran suntikan vaksin bermula 16 Sept lepas,” katanya menerusi kenyataan malam ini. – Bernama