Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lebih tujuh juta pelancong lawat Dubai 2021

    DUBAI, 4 FEB – Lebih tujuh juta pelancong asing melawat Dubai pada tahun lalu, menandakan ‘kadar pusing ganti yang luar biasa’, umum kerajaan bandar Teluk yang menganjur pesta dunia Ekspo semalam.

    Jumlah tersebut meningkat 32 peratus berbanding 2020, tahun pertama pandemik koronavirus meletus, kata jabatan ekonomi dan pelancongan Dubai dalam satu kenyataan.

    Ia mengalu-alukan pemulihan sebagai ‘kadar pusing ganti luar biasa di tengah cabaran global berterusan.’

    Bagaimanapun, tahun ini, serangan misil sejak bulan lalu oleh pemberontak Yaman ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana Dubai merupakan anggota negara telah mendorong AS dan UK mengeluarkan amaran perjalanan.

    Serangan misil dan dron oleh pemberontak Huthi di Yaman, di mana UAE merupakan penyokong tentera kerajaan itu, telah menjejas imej negara Teluk sebagai pusat kestabilan di Timur Tengah.

    Dubai, tempat terletaknya menara tertinggi dunia, hotel mewah dan kelab malam mewah, telah menganjur Ekspo 2020 yang bermula dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.

    Emiriah itu, hab perniagaan dan riadah di mana pelancongan menjadi teras ekonomi, menarik 16.7 juta pelancong dari Timur dan Barat pada 2019, sebelum sekatan COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...