Lebihan dagangan Jerman meningkat

FRANKFURT AM MAIN, 9 DIS – Lebihan dagangan Jerman meningkat pada bulan Oktober, apabila eksport mengatasi kemelut global dengan kenaikan mengejut, data rasmi menunjukkan hari ini. Barangan yang dijual di luar negara melebihi 20.6 bilion euro, kata pihak berkuasa statistik Destatis dalam angka yang telah diselaraskan.

Eksport meningkat bulan ke bulan sebanyak 1.2 peratus kepada 119.5 bilion euro, sementara import tidak berubah pada 98 bilion euro.

Pertambahan lebihan dagangan bertentangan dengan kemerosotan 1.7 peratus dalam pengeluaran industri pada bulan Oktober.

Sementara itu, perbalahan perdagangan antarabangsa di antara Washington dan Beijing, ancaman tarif oleh presiden AS Donald Trump terhadap barangan EU serta Brexit telah menjejas perniagaan rentas sempadan.

Melihat secara terperinci pada angka tersebut, eksport Jerman berjumlah 70 bilion euro yang disalurkan kepada EU tetap tidak berubah, manakala eksport negara membangun meningkat 4.6 peratus kepada 49.5 bilion euro. Sementara itu, import EU dan bukan EU jatuh berbanding setahun lalu.

Ahli ekonomi Bank ING, Carsten Brzeski menegaskan bahawa “eksport Jerman telah meningkat dengan baik dalam beberapa bulan ini,” tetapi mengingatkan bahawa “kemelesetan yang berterusan dalam tempahan merupakan satu sebab yang kuat terhadap kekurangan keyakinan dalam keputusan”. “Dengan penggunaan dan data industri yang mengecewakan akan tetapi data perniagaan yang menggalakkan, ekonomi masih mengalami kesukaran di antara pengecutan dan pertumbuhan sederhana,” tambahnya. – AFP.