Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Lebihi harga: Syarikat diberi amaran

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Unit SDT

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Sebuah buah syarikat perniagaan telah dikeluarkan notis amaran atas kesalahan menjual melebihi harga yang ditetapkan bagi barangan dikawal harga semasa operasi sepadu yang dijalankan di Daerah Tutong pada 22 November lalu.

Operasi bersepadu yang dijalankan oleh Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) bersama Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP) di Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) itu mendapati, 14 unit alat sukatan dan timbangan yang digunakan dalam aktiviti jual beli adalah mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan.

Walau bagaimanapun, satu notis peringatan telah dikeluarkan ke atas sebuah syarikat yang mempamerkan tanda berat yang tidak selaras seperti mana tanda berat yang tertera pada bungkusan buah dan sayur segar.

Pihak pengurusan dan pekerja pembungkus juga telah dikongsikan tatacara membungkus dan menimbang dengan betul.

Manakala itu, satu notis amaran dikeluarkan ke atas sebuah syarikat bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu menjual melebihi harga yang ditetapkan bagi barangan dikawal harga.

Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis perniagaan di Daerah Tutong, baru-baru ini.
Pegawai penguat kuasa semasa melakukan operasi berkenaan. – Gambar serahan Unit SDT

Operasi itu merupakan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara rutin dalam memastikan sebarang penggunaan alat sukatan dan timbangan bagi tujuan perdagangan adalah sah, tepat dan berdaftar selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151.

Ia juga bertujuan untuk menguatkuasakan perundangan Akta Kawalan Harga Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya bagi memastikan barangan yang dikawal harga tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh JPES dan pihak pengawal selia yang relevan serta barangan yang dijual untuk dibubuh tanda harga yang jelas bagi memelihara kebajikan pengguna di negara ini.

Para peniaga turut diingatkan untuk mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dalam usaha bagi membantu negara membangunkan persekitaran perniagaan yang mampan dengan menjalankan perniagaan yang beretika.

Sementara itu, para pembeli dinasihatkan untuk memastikan alat-alat sukatan dan timbangan yang digunakan semasa aktiviti jual beli yang melibatkan bacaan tanda berat, isipadu, ukur panjang dan lebar, alat-alat tersebut mempunyai pelekat pendaftaran yang mengandungi tempoh penggunaan yang sah yang dikeluarkan oleh Unit SDT.

 

Artikel sebelum iniMusim hujan jejas sektor niaga
Artikel seterusnyaDPMM FC teruskan kemaraan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -