LeBron bidas kenyataan Trump

WASHINGTON, 6 OGOS – Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James membidas kenyataan Donald Trump kelmarin selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) menggelar bintang-bintang NBA yang berlutut semasa lagu kebangsaan sebagai ‘mengaibkan’.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak dua kali dan Pemain Paling Berharga NBA empat kali membalas komen Trump selepas tewas 105-86 kepada Oklahoma City di Orlando ketika liga disambung semula berikutan penggantungan selama empat bulan akibat COVID-19.

James tersenyum ketika ditanya mengenai komen yang dibuat Trump dan memberitahu bahawa dia melakukan sesuatu yang lebih baik bagi komuniti berkulit hitam berbanding mana-mana presiden kecuali Abraham Lincoln, yang membebaskan hamba pada abad ke-19

“Adakah anda cuba membuat saya ketawa?” kata James.

Trump memberitahu Fox News bahawa dia menukar perlawanan lain apabila dia melihat pemain-pemain berlutut semasa lagu kebangsaan, walaupun pemain-pemain menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah sebagai tanda protes kepada keganasan polis dan ketidakadilan sosial, dan bukan untuk menghina bendera, tentera mahupun negara.

“Saya rasa ia mengaibkan,” kata Trump. Kami bekerjasama dengan mereka (NBA). Kami bekerja keras untuk membenarkan kejohanan disambung semula. Saya yang menyokong mereka untuk dibuka semula. Dan kemudian saya melihat semua orang berlutut ketika lagu kebangsaan. Ia tidak boleh diterima bagi saya.

“Apabila saya menyaksikan mereka berlutut, saya akan menukar kepada sukan lain. Saya tidak berminat kepada perlawanan tersebut. Apabila saya melihat orang berlutut semasa perlawanan dan tidak menghormati bendera kita dan tidak menghormati lagu kebangsaan kita, apa yang saya lakukan ialah beralih kepada perlawanan lain.” – AFP

LeBron James membidas kenyataan Donald Trump selepas presiden AS itu menggelar bintang-bintang NBA yang berlutut semasa lagu kebangsaan sebagai ‘mengaibkan’. – AFP