Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron, Bronny James cipta sejarah

    LOS ANGELES, 8 OKT – Bintang NBA, LeBron James, dan anak sulungnya, Bronny James, mencipta sejarah apabila kedua-duanya buat kali pertama tampil bersama dalam satu pasukan untuk Los Angeles Lakers, baru-baru ini.

    Duo bapa dan anak itu beraksi pada suku kedua yang menyaksikan Lakers tewas 118-114 kepada Phoenix Suns dalam perlawanan pramusim di Palm Desert, timur Los Angeles.

    LeBron, 39, menunjukkan prestasi cemerlang dengan mencatat 19 mata dalam hanya 16 minit 20 saat sebelum direhatkan pada separuh masa kedua.

    Namun, Bronny, yang menyambut ulang tahun ke-20 pada hari perlawanan, gagal menjaringkan sebarang mata dalam lebih 13 minit di gelanggang dengan hanya satu percubaan dilakukan.

    “Ini adalah pengalaman yang luar biasa, terutamanya untuk keluarga kami,” kata LeBron selepas perlawanan.

    “Ia adalah momen yang tidak akan saya lupakan,” tambahnya.

    Sebagai seorang ayah, katanya, dapat bermain bersama anaknya di gelanggang adalah sesuatu yang sangat bermakna.

    “Bagi saya, yang membesar tanpa kehadiran ayah, dapat memberikan pengaruh kepada anak saya dan berkongsi momen seumpama ini adalah sesuatu yang sangat berharga,” ujarnya. – AFP

    Bronny (kiri) dan LeBron James semasa sesi memanaskan badan menjelang perlawanan di Acrisure Arena di Palm Springs, California, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda