Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron ikrar bangkit semula

    OAKLAND, Amerika Syarikat (AS), 3 Jun – LeBron James dari Cleveland dikenali kerana kebangkitan lebih hebat daripada kekalahan persaingan playoff, menjanjikan cabaran itu awal pagi esok dalam NBA Final selepas apa yang digelarnya kekalahan sukar sepanjang kerjayanya.

    Juara bertahan, Golden State memulakan siri kejohanan best-of-seven dengan kemenangan 124-114 di gelanggang sendiri pada Khamis lalu, selepas Cavaliers mendahului kedudukan, dalam beberapa saat terakhir.

    Pengadil perlawanan menterbalikkan dakwaan faul ke atas pemain penyerang Warriors, Kevin Durant menerusi kajian semula video mengenai halangan faul ke atas James pada minit akhir masa biasa.

    J.R. Smith dari Cleveland mensia-siakan jaringan terakhir pada suku keempat yang jelas tidak sedar jaringan berada dalam kedudukan yang sama.

    “Ia adalah salah satu kekalahan paling sukar sepanjang kerjaya saya,” kata James semalam. “Kerana segalanya berjalan dengan baik dengan perlawanan dan cara kami beraksi.

    Reaksi LeBron James (23) selepas satu faul ke atasnya dalam aksi NBA Final pertama menentang Golden State Warriors di Oakland baru-baru ini. – AFP

    “Ia adalah 24 jam yang sukar bagi keseluruhan kelab kami kerana kami meletakkan diri kami dalam kedudukan yang hebat untuk berjaya.”

    James menjaringkan 51 mata, mencatatkan lapan rebound dan membuat lapan asis, purata jaringan terbanyak dalam perlawanan NBA Finals sejak 1993 dan paling banyak dalam meletakkan kekalahan.

    Tetapi jauh dari melemahkan semangat, James berkata dia bertenaga semula dengan peluang untuk menyamakan kedudukan itu sebelum babak berubah kepada Cleveland minggu depan pada final keempat berturut-turut di antara kedua buah kelab.

    “Anda seharusnya merasa teruja mengenai peluang untuk menjadi lebih baik dan hebat dan melangkah ke depan,” kata James. “Saya bangun merasa teruja mengenai peluang yang dipamerkan esok.

    “Saya menjangka kami akan datang dan beraksi dengan kedudukan yang sama kami miliki pada perlawanan pertama.

    Kami melakukan banyak kesilapan dalam perlawanan pertama dan saya menjangka kami akan beraksi dengan lebih baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda