CHICAGO, 6 Okt – LeBron James melakukan sesi latihan penuh buat kali pertama semalam sejak mengalami kecederaan buku lali kiri minggu lalu dan mungkin kembali ke barisan utama Cleveland Cavliers bagi persaingan pra musim NBA hari ini menentang Indiana.
Jurulatih Cavaliers, Tyronn Lue berkata penerima NBA Most Valuable Player NBA sebanyak empat kali itu mungkin kembali apabila Cavs menjadi hos kepada Pacers.
James, yang beraksi dalam tujuh perlawanan NBA Final sebelum ini, belum beraksi di gelanggang bersama barisan utama Cleveland yang dirombak selepas perpindahan Kyrie Irvings ke Boston Celtics.
Pasukan Cavaliers, yang tewas kepada Golden State pada NBA Finals Jun lalu, menambah pemain penyerang Jae Crowder dan pemain pertahanan Isaiah Thomas dari Celtics dan bekas pemain pertahanan New York dan Chicago, Derrick Rose untuk menyertai James dan Kevin Love, yang akan ditukar ke bahagian tengah dalam lima barisan Cleveland yang disusun semula.
Iman Shumpert tidak akan beraksi tujuh hingga 10 hari dengan kecederaan kaki kiri, pasukan itu mengumumkan. Pemain pertahanan veteran itu mengalami kecederaan ketika melakukan lompatan selepas terlepas aksi dunk dalam kekalahan pra musim 109-93 pada Rabu lalu kepada Atlanta.
Shumpert mengumpulkan perkadaran 7.5 mata, 2.9 ‘rebound’ dan 1.4 asis dalam 76 perlawanan musim biasa bersama Cleveland musim lalu.
Dengan juara NBA sebanyak tiga kali, Dwayne Wade menyertai Celeveland dan Rose, yang bergelut dengan kecederaan lutut pada musim lalu, dilihat kental, pasukan Cavaliers sekali lagi adalah pasukan yang perlu dikalahkan dalam Eastern Conference.
Rose berkata dia kagum dengan ruang yang diberikan kepadanya untuk melakukan jaringan oleh pemain pertahanan pasukan lawan dalam awal pra musim.
Dia beraksi pada peringkat tinggi begitu juga dengan kelajuan dan kepantasan dan menjaringkan banyak mata,” kata Lue. “Dengan memiliki penjaringan yang kami ada di atas gelanggang, ia menjadikan lebih mudah baginya.” – AFP