Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    LeBron pecah rekod penjaring terbanyak NBA

    LOS ANGELES, 8 FEB – LeBron James memecah rekod penjaring terbanyak NBA pada lewat suku ketiga, mengatasi rekod Kareem Abdul-Jabbar selepas menjaringkan 38 mata semasa kekalahan 133-130 Los Angeles Lakers kepada Oklahoma City Thunder semalam.

    James memecahi rekod jaringan yang dipegang sejak April 1984 oleh Abdul-Jabbar, yang juga menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk berhampiran bangku simpanan Lakers.

    Abdul-Jabbar kemudian menyertai James dan Pesuruhjaya NBA, Adam Silver meraikan pencapaian tersebut di gelanggang selepas perlawanan itu.

    James menjaringkan 20 mata pada separuh masa pertama dengan persembahan penuh hebat walaupun sudah dua dekad bermain di dalam NBA, dan dia mencatat rekod baharu pada suku ketiga dengan menjaringkan 16 mata.

    Permainan dihentikan kira-kira 10 minit ketika James meraikan pencapaiannya dengan memeluk keluarganya dan menyapa Silver dan Abdul-Jabbar.

    James hanya menjaringkan dua mata pada suku keempat, meletakkannya di puncak senarai penjaring terbanyak dengan 38,390 mata.

    James memperoleh 40 mata dalam lima perlawanan sejak berusia 38 tahun pada 30 Disember, dan dia telah menjaringkan 30 mata dalam 10 daripada 17 perlawanannya sejak hari lahirnya. Tetapi dia hanya menjaringkan dua mata pada suku keempat, meletakkannya di puncak senarai penjaring terbanyak dengan 38,390 mata, tiga di hadapan Abdul-Jabbar.

    Ketika James mencapai sasarannya, Lakers me-nerima satu lagi kekalahan apabila Shai Gilgeous-Alexander menjaringkan 30 mata dan Jalen Williams menjaringkan 25 mata untuk Thunder, sekali gus berjaya menewaskan Lakers yang berada di tempat ke-13. – AP

    Reaksi LeBron James kelihatan sebak selepas memecahkan rekod Kareem Abdul-Jabbar untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa NBA semasa separuh masa kedua perlawanan menentang Oklahoma City Thunder. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...