LOS ANGELES, 7 Mac – LeBron James memintas Michael Jordan untuk melonjak ke tangga keempat dalam senarai penjaring NBA sepanjang masa semalam dengan jaringan menarik pada suku kedua menentang pasukan pelawat, Denver.
Pengatur serangan Los Angeles Lakers itu, yang menyamai purata kerjaya pemain legenda Chicago Bulls, 32,292 dengan 12 mata pertama, melakar sejarah ke atas jaringan itu dengan perlawanan berbaki 5:38 dalam suku keempat dan menjaringkan lontaran bebas untuk melengkapkan tiga mata permainan.
Semasa waktu rehat seterusnya, James terus ke bangku simpanan dan menutup kepalanya dengan tuala, kelihatan dalam keadaan sedih ketika video penghormatan yang dimainkan dan dia membayangkan pencapaian mengatasi idolanya ketika zaman kanak–kanak itu.
“Tidak dapat menghadapinya. Ini sukar dipercayai!,” jelas James sekitar 90 minit sebelum perlawanan berakhir.
Pemain penyerang dari Amerika Syarikat berusia 34 tahun itu, penjaring terbanyak di antara pemain aktif, menghasilkan mata dalam 1,190 perlawanan berbanding 1,072 bagi Jordan bersama Bulls dan Washington.
Sasaran seterusnya bagi James ialah bintang Lakers yang sudah bersara, Kobe Bryant, yang berada di tempat ketiga dalam senarai NBA dengan 33, 643 mata.
Legenda Lakers, Kareem Abdul-Jabbar masih memegang rekod mata NBA dengan 38, 387, dengan pemain dari Utah, Karl Malone yang berada di tangga kedua dengan 36, 928.
Dalam kedudukannya ketika ini, James dilihat memintas Bryant pada musim seterusnya dan boleh mengatasi Abdul-Jabbar pada penghujung kontraknya bersama Lakers dalam kempen 2021-2022 sekiranya dia terus berada dalam keadaan sihat.
James mencatatkan dua dari enam dalam gelanggang pada suku pertama dan 0-4 dari garisan lontaran bebas pada pembukaan suku keempat, tetapi menambah jaringan dan lompatan untuk menyamai jaringan Jordan awal suku kedua dan memecahkan rekod, pergerakan biasa sepanjang kerjayanya. – AFP


































