BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Lebuh raya Seria By-Pass yang menghala ke Bandar Seri Begawan, bermula dari Persimpangan Mumong sehingga KM 12 Kuala Belait berdekatan Menara DST akan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas bermula esok (4 Oktober), jam 9 pagi.
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai pembukaan sepenuhnya lebuh raya berkenaan yang telah siap dinaik taraf, dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihati untuk sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lain demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk memandu lebih berhati-hati di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 / Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.