Lecce beri kejutan, Lazio putih mata

MILAN, 8 JULAI – Impian Lazio untuk memenangi gelaran Serie A musnah selepas mengalami kekalahan mengejutkan 2-1 di Lecce pada perlawanan semalam apabila menyaksikan Patric dilayangkan kad merah kerana kesalahan menggigit, memberikan peluang kepada peneraju liga Juventus untuk menjauhkan jurang 10 mata ketika mereka menentang AC Milan namun gagal dimanfaatkannya.

Lazio tewas 3-0 kepada Milan pada perlawanan hujung minggu lalu, hanya ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan, Juve ketika Serie A kembali semula bulan lalu berikutan wabak COVID-19.

Pemain pertahanan Lazio, Patric menambah masalah pada masa kecederaan dan diarahkan keluar padang kerana menggigit pemain Lecce, Giulio Donati.

Lecce mengakhiri enam kekalahan berturut-turut mereka untuk cuba keluar dari zon penyingkiran, kini mereka satu mata di atas Genoa yang berada di tangga ke-18, yang akan menjadi tuan rumah menentang Napoli esok. – AFP

Reaksi pemain Lecce ketika meraikan jaringan gol kedua buat pasukannya semasa perlawanan Serie A antara Lecce dan Lazio di Stadium del Mare di Lecce, Itali, semalam. – AFP