Leclerc berat hati kembali ke GP Belgium

SPA-FRANCORCHAMPS, BELGIUM, 27 OGOS – Charles Leclerc kembali ke litar kemenangan Formula Satu pertamanya dengan hati berat untuk Grand Prix Belgium.

Kemenangan pemandu Monegasque di litar Spa-Francorchamps pada Ogos lalu berlangsung sehari selepas rakan karibnya dari Perancis, Anthoine Hubert meninggal dunia dalam kemalangan dalam perlumbaan Formula Dua di litar tersebut.

“Ia adalah sukar untuk kembali ke litar ini dan saya tahu dia akan sentiasa berada dalam ingatan saya sepanjang minggu ini,” kata Leclerc.

Perlumbaan pada Ahad ini akan diadakan sehari sebelum hari ulang tahun pemergian Hubert pada usia 22 tahun.

Kematian pemandu muda Perancis itu telah memberikan impak besar kepada Formula Satu.
“Ia merupakan hari yang menyedihkan buat komuniti sukan bermotor dan kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan dan kami akan memperingati dia pada hujung minggu ini,” kata ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Charles Leclerc meronda litar Spa-Francorchamps, Grand Prix Belgium. Leclerc berat hati untuk berlumba di litar tersebut selepas pemergian rakan karibnya yang meninggal dunia semasa perlumbaan Formula Dua. – AFP

Leclerc akan berdepan cabaran besar hujung minggu ini kerana pasukan Ferrari masih bergelut dalam enam pusingan pertama dalam musim F1 yang dikurangkan tahun ini akibat koronavirus.

“Ia adalah sangat mencabar buat kami pada masa ini kerana kami tidak mempunyai persembahan kompetitif seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton dan Mercedes risau mengenai tidak mampu mengekalkan persembahan hebat di Ardennes Belgium.

Mercedes yang belum mencatat kemenangan di Belgium sejak 2017 ketika Hamilton, yang kini mengungguli 13 Grand Prix di litar, hanya memperoleh tiga kali kemenangan. – AFP