MONTMELÓ, SEPANYOL, 22 MEI – Hujung minggu yang sempurna bagi Charles Leclerc di Grand Prix Sepanyol hampir musnah apabila Ferrari dipandunya terhenti lewat di pusingan kelayakan.
Tidak beraksi secara panik, Leclerc mempamerkan aksi kejuaraan yang berkaliber. Beliau membawa keretanya kembali ke garaj untuk menukar set tayar baharu, kemudian merobek pusingan terakhir untuk bertemu juara Formula One, Max Verstappen untuk petak pertama dalam kelayakan kelmarin.
“Saya melakukan kesilapan pada pusingan pertama, tetapi akhirnya saya berjaya melakukannya,” kata Leclerc.
Leclerc mencatat 1 minit, 18.750 saat mengelilingi Litar de Barcelona-Catalunya. Beliau menyingkirkan Verstappen dari Red Bull di tempat kedua dengan margin 0.323 saat dengan Leclerc memenangi petak pertama musim ini dan ke-13 dalam kariernya. – AFP