LE CASTELLET, PERANCIS, 21 JULAI – Charles Leclerc akan berusaha untuk melengkapkan hatrik pertama Ferrari sejak 2019 dengan mengatasi juara dunia, Max Verstappen dan juga kemungkinan ancaman daripada Lewis Hamilton pada Grand Prix Perancis pada hujung minggu ini.
Leclerc, 24, yang berjuang untuk meraih kemenangan di Austria selepas rakan sepasukan, Carlos Sainz menang di Britain, berkemungkinan akan mendapat sokongan padu daripada orang ramai yang bercuti untuk menikmati musim panas di tenggara Perancis.
Walau bagaimanapun, Leclerc perlu mengatasi beberapa cabaran jika ingin mengurangkan lagi kelebihan 38 mata bintang Red Bull, Verstappen dalam 22 perlumbaan musim itu.
Begitu juga dengan Sainz, yang berminat untuk menambah kejayaan sulungnya di Silverstone.
Pada masa yang sama, ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto telah menjelaskan bahawa dia tidak akan mengeluarkan arahan dari pasukan untuk menyokong Leclerc.
Perlumbaan yang sengit, agresif dan dramatik akan dijangkakan daripada Sergio Perez, dalam Red Bull kedua, dan George Russell, dalam Mercedes kedua.
Seperti yang dicadangkan oleh ketua aerodinamik, Diego Tondi dalam pratonton pasukan, kelemahan Ferrari yang dilihat baru-baru ini boleh menjadi penghalang dalam perlumbaan tersebut dengan ramalan suhu tinggi hampir mencecah 40 darjah Celcius.
“Suhu yang tinggi bermakna untuk memastikan unit kuasa dan tayar berfungsi pada tahap terbaik adalah satu cabaran sebenar.
“Dan itu terpulang kepada mereka yang bekerja dalam bidang aerodinamik untuk mengambil tindak balas yang sewajarnya,” katanya. – AFP