Thursday, August 11, 2022
22.8 C
Brunei

Leclerc raih petak pertama GP Monaco

-

MONTE CARLO, MONACO, 29 MEI – Charles Leclerc mencatat masa terbaik untuk meraih petak pertama untuk Ferrari pada Grand Prix Monaco semalam selepas pemandu Red Bull Sergio Perez mengalami kemalangan dalam pusingan akhir sesi kelayakan.

Pemandu Monegasque berusia 24 tahun itu muncul di tempat teratas selepas sesi dramatik yang menyaksikan rakan sepasukan Ferrari Carlos Sainz melayakkan diri di tempat kedua bagi melengkapkan keputusan satu-dua untuk pasukan Itali meskipun berlanggar dengan kereta Perez.

Perez, yang tidak mengalami kecederaan setelah merempuh ke penghadang di Portier, menduduki tempat ketiga di depan rakan sepasukan Red Bull dan pemimpin siri perlumbaan Max Verstappen.

Ia merupakan lima kemenangan di tempat pertama bagi Leclerc pada musim ini dan yang ke-14 dalam kariernya, satu kelebihan di litar yang sukar di mana dia masih belum menamatkan satu perlumbaan.

Leclerc mencatat pusingan terbaik dalam masa satu minit dan 11.376 saat untuk mengatasi Sainz sebanyak lebih dua persepuluh saat dalam perlumbaan yang penuh aksi sebelum perlumbaan klasik 78 pusingan hari ini.

“Ia amat istimewa bagi saya,” kata Leclerc. “Saya berasa amat gembira. Ia merupakan hujung minggu yang amat lancar sehingga sekarang.”

Di belakang Ferrari dan Red Bull, Lando Norris memimpin kumpulan pemandu untuk McLaren yang menduduki tempat kelima di depan George Russell daripada Mercedes, juara dua kali Fernandi Alonso daripada pasukan Alpine dan juara tujuh kali Lewis Hamilton daripada Mercedes.

Juara empat kali Sebastian Vettel berada di tangga kesembilan untuk pasukan Aston Martin, di depan Esteban Ocon juga daripada Aston Martin. – AFP

Aksi Charles Leclerc semasa memenangi kedudukan pertama dalam sesi kelayakan di litar Monaco, sebelum Grand Prix Formula Satu Monaco pada 28 Mei 2022. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -