Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Leclerc rempuh Ferrari F1 Lauda

    MONACO, 17 MEI – Pendahulu kejuaraan Formula Satu, Charles Leclerc sekali lagi mengalami kemalangan ketika memandu Ferrari terkenal dalam sejarah di Monaco.

    Leclerc memandu Ferrari 1974 yang pernah dipandu oleh juara F1 tiga kali, Niki Lauda dalam demonstrasi pada Ahad lalu di Grand Prix Bersejarah Monaco 2022. Dia masuk jauh ke sudut La Rascasse, hilang kawalan di bahagian belakang kereta dan merempuh penghadang.

    Rempuhan itu merosakkan bahagian belakang kereta berkenaan dan Leclerc, dilihat mempunyai masalah dalam mengendali pedal kereta tersebut.

    Leclerc memenangi petak pertama untuk perlumbaan di tempat sendiri Grand Prix Monaco tahun lalu tetapi terbabas sebelum perlumbaan dimulakan dan terlepas dari acara tersebut.

    Leclerc meraih dua kemenangan menerusi lima perlumbaan F1 musim ini apabila dia mendahului Max Verstappen dengan 19 mata menuju ke Grand Prix Sepanyol. – AP

    Reaksi pemandu Ferrari, Charles Leclerc melambai kepada penonton semasa perarakan pemandu menjelang perlumbaan kereta F1 Grand Prix Miami pada Ahad lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...