Leclerc sasar kejuaraan di laman sendiri

MONTE CARLO, MONACO, 27 MEI – Charles Leclerc memburu satu lagi kemenangan di tempat sendiri dalam Grand Prix Monaco hujung minggu ini.

Pemandu Ferarri itu bukan sahaja mahu menamatkan nasib malangnya dalam perlumbaan Ahad ini dan memastikan kemenangan pertama di litar rumahnya bersama Ferrari, bahkan dia juga berharap agar acara tahunan yang menakjubkan dan bersejarah itu bukanlah yang terakhir baginya.

Ketika promoter dan penganjur perlumbaan Monaco kelmarin meneruskan rundingan untuk lanjutan kontrak dengan pemegang hak komersial Formula Satu, Liberty Media, Monegasque berusia 24 tahun itu bersuara bagi mempertahankan litar yang dianggap oleh beberapa pengkritik sebagai terlalu ketinggalan zaman dalam perlumbaan moden.

Liberty telah mencipta era baharu untuk F1 dengan perlumbaan yang lebih dekat dan penonton yang lebih muda tertarik kepada sukan itu melalui media sosial.

Manakala itu, pengkritik berkata litar jalanan Monte Carlo yang berliku itu terlalu sempit dan singkat bagi membolehkan aksi perlumbaan dan memintas yang menarik.

Leclerc kekal tenang dan optimis mengenai prospek kejayaannya sendiri walaupun ditimpa nasib malang dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menyebabkan dia memburu penamat pertama di litar sendiri.

Leclerc dilahirkan dan dibesarkan di wilayah Mediterranean dan dia belajar berenang di ‘piscine’ yang terkenal di mana letaknya trek berliku di pelabuhan.

Pemandu Ferarri itu berkata bahawa dia tidak tahu sama ada dia atau Ferrari harus dianggap sebagai pilihan utama ramai, tetapi mencadangkan kejutan mungkin akan berlaku. – AFP

Pemandu Ferrari Monegasque, Charles Leclerc dilihat menjelang sesi latihan pertama Grand Prix Formula 1 Monaco kelmarin. – AFP