Ledakan gegar loji tenaga Iran

TEHRAN, 19 JULAI – Ledakan kuat menggegarkan loji tenaga di wilayah Isfahan tengah Iran hari ini, lapor agensi berita kerajaan IRNA, mengatakan ia dicetuskan oleh peralatan rosak dan tidak ada menyebabkan korban jiwa.

“Transformer usang….meledak di loji tenaga termal Islamabad Isfahan sekitar jam 5 pagi hari ini,” kata Pengarah Urusan syarikat elektrik Isfahan, Said Mohseni memberitahu agensi.

Kemudahan itu kembali normal selepas dua jam dan bekalan tenaga elektrik Isfahan tidak terganggu, tambahnya.

Sebuah kilang selofan juga terbakar hari ini di timur laut wilayah Azerbaijan Timur, kata IRNA.

Dua anggota bomba mengalami kecederaan semasa memadam kebakaran, kata briged bomba wilayah dipetik sebagai berkata.

Insiden itu adalah yang terbaharu dalam siri kebakaran dan letupan di kawasan tentera dan awam seluruh Iran beberapa minggu kebelakangan.

Dua letupan telah menggegarkan Tehran lewat Jun, satu dekat
tapak tentera dan satu lagi di pusat kesihatan yang mengorbankan 19 orang. – AFP