Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ledakan gunung berapi Tonga seperti ‘bom atom’

    SYDNEY, 21 JAN – Ledakan gunung berapi Tonga dirasakan seperti ‘bom atom’ yang menggegarkan ‘keseluruhan pulau itu’, kata pekerja bantuan kepada AFP hari ini, ketika negara Pasifik itu bergegas menangani kekurangan air minuman.

    Hampir seminggu selepas gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai meledak, mencetuskan tsunami dan memutuskan Tonga dari dunia luar, saksi-saksi mengimbas semula kejadian bencana itu.

    Di Tongatapu, pulau utama Tonga, “Kami merasakan ledakan besar….ia seperti bom atom,” kata Sione Taumoefolau, kata setiausaha agung Palang Merah Tonga.

    “Keseluruhan pulau itu bergegar kerana bunyi kuat daripada ledakan tersebut.”

    Situasi di sana mengalami kesukaran, dengan hanya bekalan bantuan terhad yang diterima manakala penduduk menghadapi kempen kebersihan besar-besaran.

    Gambar yang diambil pada 19 Januari menunjukkan resort pantai yang dilanda tsunami pinggir Nuku’alofa, bandar Tonga. – Xinhua

    “Bahagian paling teruk bagi kami adalah debu. Di mana-mana kawasan diliputi abu dari gunung berapi,” kata Toumoefolau.

    Penyelaras krisis PBB, Jonathan Veitch memberitahu AFP dari Fiji bahawa kebimbangan utama sekarang bagi penduduk Tonga adalah air minuman, dengan bekalan air kepada puluhan ribu penduduk dikhuatiri dicemari debu atau air masin.

    “Sebelum ledakan berlaku, kebanyakan penduduk Tonga bergantung pada air hujan. Jika semua dicemari toksik abu, jadi kami berdepan masalah, kecuali mereka terpaksa mengakses sumber bawah tanah,” kata Veitch.

    Menurutnya, untuk memastikan lokasi dan akses kepada sumber bawah tanah kini adalah penting.

    Ujian air telah bermula, namun selepas ledakan Sabtu lalu, ‘keseluruhan negara diliputi oleh abu’, katanya.

    Hari ini, kapal New Zealand, HMNZS Aotearoa berlabuh di Tonga, membawa bekalan air minuman.

    “Kapal itu juga mempunyai kapasiti untuk menyahmasinkan, 70-75,000 liter air sehari, yang akan membuat kelainan buat penduduk, sekurang-kurangnya di Tongatapu,” kata Veitch.

    UNICEF juga telah menghantar sejumlah besar air dan kit kebersihan sanitasi dalam kapal bantuan Australia, HMAS Adelaide, yang berlepas dari Brisbane pada malam kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...