Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Ledecky raih pingat emas ke-18

    BUDAPEST, HUNGARY, 23 JUN – Katie Ledecky melanjutkan rekod meraih pingat daripada kejohanan dunia kepada 21, dua pingat tambahan berbanding dengan pencapaian perenang wanita lain sebelumnya.

    Perenang berusia 25 tahun itu, berjaya merangkul pingat emas ke-18nya di peringkat dunia kelmarin, ketika pasukan Amerika Syarikat memenangi pertandingan akhir bagi acara gaya bebas wanita 4x100m, mencatatkan masa terpantas dengan 1:53.67, telah membantu perenang Amerika Syarikat memenangi kejohanan dengan catatan masa 7:41.45.

    Sementara itu, Claire Weinstein, Leah Smith, Ledecky dan Bella Sims menamatkan dengan catatan masa 2.41 saat mendahului pasukan Australia dan mendahului Kanada dengan jurang catatan masa 3.31 saat.

    Pada Isnin lalu, Ledecky berjaya meraih pingat emas dalam acara gaya bebas 1,500m dan 400m pula pada Sabtu lalu untuk menambah ke dalam koleksi 15 pingat emas yang diperoleh sebelum pertandingan di Budapest.

    Pingat ke-21nya di peringkat antarabangsa adalah melebihi dua pingat berbanding Natalie Couglin yang berjaya mendapatkan tujuh emas, tujuh perak dan lima gangsa dalam kejohanan antara 2001 hingga 2013.

    Semasa kejohanan dunia yang diadakan di Fukuoka, Jepun pada 24 Julai 2001, Couglin sepatutnya menerima pingat emas tetapi setelah pasukan Amerika Syarikat disingkirkan dalam kejohanan tersebut, pingat emas jatuh ke tangan pasukan Britain.

    Dengan 18 emas yang diraih Ledecky, ia hampir menyamai rekod Ryan Lochte yang berada di tempat kedua dalam senarai sepanjang masa bagi juara renang di dunia.

    Hanya Michael Phelps, dengan jumlah 26 emas, berada di tempat teratas. Sementara itu, Ledecky menyertai acara gaya bebas 800m yang berlangsung pada hari ini, manakala acara final dijadualkan pada Jumaat. – AP

    Reaksi pasukan Amerika Syarikat meraikan kemenangan mereka meraih pingat emas dalam acara gaya bebas berganti 4x200m di Kejohanan Renang Dunia FINA ke-19 di Budapest, Hungary. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...