Penyanyi Lee Areum sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila secara terbuka berkongsi kemelut rumah tangga di sosial media.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, bekas anggota kumpulan T-ara ini mendedahkan perbualan mesej pergaduhan antaranya dengan suami.
Dalam tangkap layar berkenaan, suami Areum menuduh dia melakukan penderaan terhadap anak-anak penyanyi itu, lapor mStar.
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut menuduh Areum mengambil minuman keras ketika sedang hamil.
Menyifatkan segala tuduhan tersebut tidak berasas, Areum juga menggambarkan kehidupannya tidak bahagia bersama suami.
“Jika saya ambil minuman beralkohol ketika hamil, bagaimana anak kita boleh lahir dalam keadaan sihat seperti sekarang.
“Hidup dengan awak bagaikan dalam neraka,” luahnya.
Areum juga berkongsi tangkap layar perbualan dia bersama bapa mentuanya namun lelaki berkenaan mengambil pendekatan tidak campur tangan urusan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua Areum selepas berpisah dengan bekas suaminya pada Disember tahun lalu. – Agensi