Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Dong Gun umum perkahwinan

    AKHIRNYA pasangan pelakon Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee kini sah bergelar suami-isteri.

    Berita gembira itu dimaklumkan oleh wakil syarikat yang dinaungi mereka seperti yang dipetik dari portal allkpop.com.

    Malah Dong Gun sendiri menulis surat terbuka kepada para peminatnya bagi memaklumkan bahawa Yoon Hee kini sedang hamil.

    “Saya telah menjadi sebahagian daripada keluarga Jo Yoon Hee.

    “Kami juga telah bersedia untuk langkah seterusnya dalam alam perkahwinan apabila sedang menunggu kelahiran anak pertama.

    “Buat masa ini, saya merancang untuk memberi tumpuan kepada drama Queen for 7 Days. Selepas itu baru saya akan merancang mengadakan majlis perkahwinan,” katanya menerusi surat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda