Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lee Hae Ri bakal kahwin Julai ini

    Penyanyi Lee Hae Ri yang juga merupakan seorang anggota kumpulan duo Davinchi mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Julai depan.

    Hae Ri berkongsi berita tersebut melalui sepucuk surat yang dimuat naik di laman Instagram, namun tidak mendedahkan identiti lelaki pilihannya.

    “Bagaikan satu mimpi apabila mahu berkongsi cerita ini… saya akan berkahwin.

    “Lelaki itu seorang yang baik dan saya belajar banyak perkara daripadanya. Apabila kami bersama saya sentiasa rasa gembira.

    “Dia seorang yang menghormati dan mengambil berat tentang saya. Saya akan menggembirakan dia dan sentiasa bersamanya,” jelas Hae Ri.

    Sementara itu, agensi Wakeone yang mewakili Hae Ri memaklumkan majlis perkahwinan tersebut hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat dan tunang penyanyi itu bukanlah seorang selebriti.

    “Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga, saudara mara dan teman rapat.

    “Kami berharap semua dapat faham mengapa dia merahsiakan identiti tunangnya, lelaki itu bukanlah seorang selebriti,” jelas kenyataan agensi tersebut. – Agensi

    Lee Hae Ri akan berkahwin pada Julai depan dengan lelaki pilihannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...