Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lee ikat Kupcho dalam saingan LPGA

    LOS ANGELES, 1 APRIL – Pemain warga Australia, Minjee Lee telah membuat pukulan enam birdies dalam enam-bawah-par 66 kelmarin untuk berkongsi pendahuluan pada pusingan pertama di kejohanan Chevron LPGA bersama Jennifer Kupcho.

    Lee telah membuat pukulan birdie pada keempat-empat par-lima di padang kejohanan Dinah Shore di Mission Hills di Rancho Mirage, California, yang telah menganjurkan kejohanan utama wanita berprestij tersebut buat kali terakhir.

    “Ia sempurna,” kata Lee. “Keadaannya bagus. Memukul bola di padang green berasa sangat bagus. Saya tidak berfikir awda boleh menjadi lebih baik daripada itu.”

    Pemain berusia 25 tahun tersebut, menduduki tempat keempat di dunia bercita-cita untuk merebut gelaran utama kedua selepas memenangi Kejohanan Evian pada tahun lalu, kemenangan utama yang pertama dan LPGA keenamnya.

    Dia berkata memiliki gelaran kejuaraan utama telah meningkatkan keyakinannya dan membangkitkan semangatnya untuk meraih lebih lagi.

    Aksi Minjee Lee semasa membuat pukulan birdie yang telah membawanya berkongsi tempat pendahuluan bersama Jennifer Kupcho. – AFP

    “Saya tahu, saya memiliki satu, tetapi saya mahukan sedikit lagi,” kata Lee. “Saya hanya fikir bahawa saya mempunyai sedikit kepercayaan pada diri dan permainan saya supaya boleh berasa sedikit lebih selesa hanya dengan pukulan yang saya pilih.”

    Kupcho, bekas pemain amatur yang memburu kejuaraan LPGA pertama, berada di empat-bawah menerusi sembilan hadapan dan mencapai lapan-bawah dengan empat birdie berturut-turut dari lubang ke-11 dan ke-14.

    Tetapi dia telah melakukan dua pukulan dengan bogey di lubang ke-15 dan ke-17.

    Lee juga berjaya mencatat permulaan yang pantas, melakukan pukulan birdie di lubang ke-11, 13 dan 14.

    Dia sangat gembira untuk menerima pukulan di lubang ke-13 selepas bolanya mendarat di laluan kereta. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...