Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Lee Jong Suk bawa watak peguam, penipu genius

    Selepas kali terakhir menjayakan drama Romance is a Bonus Book, tiga tahun lalu dan menamatkan latihan ketenteraan, pelakon K-Drama popular, Lee Jong Suk kembali menerusi drama baharu, Big Mouth.

    Jong Suk menghidupkan watak sebagai peguam kelas ketiga, Park Chang Ho yang mempunyai kadar kejayaan sangat rendah iaitu 10 peratus. Chang Ho dikatakan tidak mempunyai kemahiran, sebaliknya hanya pandai bercakap.

    Walau bagaimanapun, kejadian tidak diduga, Chang Ho akhirnya perlu bertanggungjawab dalam kes pembunuhan, sekali gus mengubahnya sebagai penipu genius dikenali ‘Big Mouth’ dengan menerima banyak kes-kes misteri.

    Demi melindungi diri dan keluarga, Chang Ho berusaha membongkar konspirasi besar orang atasan.

    Digandingkan bersama aktres dan ahli kumpulan Girls’ Generation, YoonA, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi, dia menerima tawaran berikutan kepercayaan dan persahabatan yang terjalin bersama pengarah, Oh Choong Hwan.

    Menerusi laporan portal K Drama Star, Jong Suk memuji kemampuan Choong Hwan yang berjaya menghasilkan drama fenomena seperti My Love From The Star, Doctors, While You Were Sleeping, Hotel del Luna dan Start-Up.

    Terdahulu, Jong Suk bekerjasama dengan Choong Hwan menerusi drama fantasi romantik, While You Were Sleeping bersama pelakon, Bae Suzy dan Jung Hae In pada 2017.

    Selepas lima tahun, Jong Suk dan Choong Hwan bergabung menerusi siri terbitan stesen televisyen, MBC yang akan ditayangkan pada 29 Julai ini.

    Selain Jong Suk dan YoonA, drama Big Mouth juga dibarisi oleh Kim Joo Hun, Ok Jang Yeon, Yang Kyung Won dan Kwak Dong Yeon. – Agensi

    Lee Jong Suk percaya menerusi transformasi watak Chang Ho dalam drama Big Mouth akan memperlihatkan sisi lakonan berbeza. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...