Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    ‘Lee Kang-in berada di tahap yang baharu’

    SEOUL, 17 NOV – Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berkata Lee Kang-in telah mencapai ‘tahap yang baharu’ selepas pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) itu membintangi kemenangan kelayakan Piala Dunia Besar negaranya ke atas Singapura.

    Lee jarang diturunkan oleh jurulatih terdahulu, Paulo Bento tetapi membantu mencipta gol pertama dan turut menjaringkan satu gol ketika Korea Selatan memulakan kempen mereka dengan kemenangan 5-0 di Seoul kelmarin.

    Klinsmann berkata perkembangan pemain berusia 22 tahun itu sejak menyertai PSG sepanjang musim panas dari Mallorca adalah ‘ satu kegembiraan’ dan menyokongnya untuk terus matang.

    “Dia faham sekarang, langkah demi langkah, bukan sahaja untuk melakukan larian ke hadapan dan mungkin menjaringkan gol atau memberikan bantuan dan menjadi pemain licik – dia juga bekerja keras semasa bertahan,” kata agensi berita Yonhap memetik Klinsmann sebagai berkata.

    “Ia hebat untuk bola sepak Korea dan pasukan kebangsaan untuk mempunyai pemain seperti dia untuk pergi ke tahap yang baharu.”

    Lee memimpin Korea Selatan dalam perjalanan mereka pada akhir separuh pertama apabila hantaran lintangnya disambut oleh penyerang FC Midtjylland, Cho Gue-sung untuk gol pembukaan.

    Kapten Son Heung-min, Hwang Hee-chan dan pemain gantian Hwang Ui-jo juga mendapat mencetak gol sebelum Lee menambah gol kelima buat Korea Selatan pada minit ke-85.

    Ia adalah gol keempatnya dalam tiga perlawanan untuk negaranya.

    Klinsmann berkata Lee boleh membantu memecah kubu pertahanan yang padat dan mungkin dihadapi Korea Selatan dalam pusingan pembukaan kelayakan Piala Dunia.- AFP

    Aksi pemain kebangsaan Korea Selatan, Lee Kang-in cuba melepaskan kawalan daripada pemain pertahanan Singapura, semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.- AFP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...