Selepas meninggalkan program popular Running Man, aktor Lee Kwang Soo dikhabarkan akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas ini.
Terbaharu, pelakon tinggi lampai berusia 36 tahun itu dikatakan bakal membintangi sebuah drama bergenre misteri, The Murderer’s Shopping List berdasarkan novel tulisan Kang Ji Young yang mengunakan judul sama.
The Murderer’s Shopping List mengisahkan tentang jenayah yang sering berlaku di kawasan kejiranan watak yang bakal dibawakan Kwang Soo.
Agensi pengurusan Kwang Soo, King Kong by Starship mendedahkan aktor itu kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut dan berkemungkinan besar akan meneruskan projek berkenaan.
Selepas 11 tahun bersiaran dalam program Running Man, Kwang Soo akhirnya mengucapkan selamat tinggal pada episod terakhir yang ditayangkan di Korea Selatan pada 13 Jun lalu.
Walaupun berat hati, Kwang soo terpaksa meninggalkan siri tersebut demi memikirkan kesihatan dirinya.
Kwang Soo sebelum ini pernah terlibat kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan keretakan di buku lali kanan yang mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. – Agensi