Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lee Kwang Soo disayangi peminat

    Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kwang Soo, sejak menyertai program Running Man, pelakon itu menjadi perhatian dan diminati ramai sehinggakan diberi jolokan Prince of Asia.

    Ramai yang tertarik dan jatuh hati dengan personalitinya yang ceria, bersahaja dan lucu tetapi ada pelbagai alasan lain mengapa Kwang Soo menjadi selebriti paling disayangi di Korea Selatan.

    Berikut adalah sebab mengapa ia diminati peminat dan mungkin ada di antara sebabnya tidak diketahui ramai.

    Kwang Soo sering memperlihatkan personaliti bersahaja dan sentiasa tersenyum di hadapan kamera, malah dia sangat disenangi rakan-rakan artis, media dan peminat.

    Tindakannya mengutip sampah ketika menghadiri tayangan perdana sebuah filem menjadi topik hangat sehingga video tersebut tular di media sosial.

    Ketika sambutan hari jadinya, Kwang Soo mengambil keputusan untuk menderma semua hadiah yang diterima kepada kanak-kanak memerlukan. Pada 2009, peminat terkejut melihat Kwang Soo di jalanan apabila membantu pasangan warga emas yang cedera akibat dilanggar pemandu mabuk dan membuat laporan polis.

    Kwang Soo turut menjadi saksi kes berkenaan di mahkamah. Meskipun sibuk dengan jadual penggambaran, dia tetap hadir ke mahkamah kerana bimbang warga emas itu tidak mendapat keadilan. – Agensi

    Kwang Soo sering memperlihatkan personaliti bersahaja dan sentiasa tersenyum di hadapan kamera, malah dia sangat disenangi rakan-rakan artis, media dan peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...