Lee: Lin Dan sukar layakkan diri dalam Olimpik

KUALA LUMPUR, 20 MEI – Pemain badminton bersara Lee Chong Wei berkata adalah sukar untuk pesaing Lin Dan melayakkan diri dalam Olimpik disebabkan persaingan sengit daripada pemain China yang lebih muda.

Pemain China Lin berharap dapat bertanding dalam Olimpik kelima berturut-turut di Tokyo pada tahun depan, tetapi beliau akan berusia 37 tahun apabila Sukan diadakan.

Juara Olimpik dua kali itu kini menduduki tempat ke-19, di belakang dua rakan senegaranya. Sebuah negara hanya boleh menghantar dua orang pemain untuk bertanding dalam acara perseorangan Olimpik, dengan syarat mereka menduduki 16 tempat teratas.

“Saya fikir ia agak sukar sekiranya Lin mahu mengambil bahagian dalam Olimpik, disebabkan hanya dua orang dari pasukan China yang boleh mengambil bahagian,” beritahu pemain Malaysia, Lee, 37, di laman sesawang berita minggu lalu.

“Jika beliau benar-benar mahu mengambil bahagian dalam Olimpik, beliau perlu berada dalam kedudukan dua teratas untuk menyertainya.”

“Badminton adalah mengenai umur. Apabila usia semakin meningkat, adalah semakin sukar untuk bertanding menentang atlet lebih muda,” tambah beliau.

Lin, dikenali sebagai ‘Super Dan,’ berkata baru-baru ini beliau masih belum berputus asa untuk melayakkan diri bermain dalam Olimpik.

Namun pemain China Chen Long, 31, menduduki tangga kelima sementara rakan senegeri Shi Yuqi, 24, di tempat kesembilan, justeru meletakkan mereka dalam kedudukan lebih kuat.

Persaingan Lee dan Lin dianggap paling besar dalam sejarah badminton dan mereka bermain melawan di antara satu sama lain 40 kali dalam tempoh lebih satu dekad. – AFP

Gambar fail menunjukkan pemain China Lin Dan (kanan) bercakap kepada Lee Chong Wei dari Malaysia ketika mereka menunggu di podium sebelum majlis penyampaian hadiah selepas acara perseorangan lelaki peringkat akhir pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou. – AFP