Lee Mi-rim juarai ANA inspiration

LOS ANGELES, 14 SEPT – Lee Mi-rim menjuarai ANA Inspiration dengan gaya yang mengejutkan kelmarin, membuat pukulan eagle di lubang ke-72 dan menewaskan Brooke Henderson dan Nelly Korda dengan pukulan birdie di lubang pertama playoff.

Lee, 29, meraih kejuaraan utamanya dengan pusingan final lima bawah par 67, termasuk tiga pukulan cip – dua daripadanya adalah pukulan birdie – di padang golf Misson Hills di Rancho Mirage, California.

Dia disertai 15 bawah par 273 oleh Korda dan Henderson – yang berkongsi kedudukan sebagai pendahulu semalam dan kedua-dua pemain mencatat 69.

Ia adalah kekalahan yang mengecewakan buat pemain berusia 22 tahun dari Amerika Syarikat, Korda, yang mendahului atau berkongsi kedudukan selaku pendahulu selepas setiap tiga pusingan pertama.

Korda yang memburu kejohanan utama pertama, mendahului sebanyak dua pukulan dengan empat untuk dimainkan dan mempunyai pendahuluan satu pukulan stroke ke atas Henderson ketika mereka bermain di lubang ke-17.

Reaksi Lee Mi-rim membuat pukulan dalam kejohanan ANA Inspiration. Lee Mi-rim menjuarai kejohanan tersebut selepas menewaskan Brooke Henderson dan Nelly Korda dengan pukulan birdie di lubang pertama playoff. – AFP

Tetapi di hadapan, Lee bermain par lima di lubang ke-18.

“Saya tidak percaya,” kata Lee sambil mengesat air mata sebelum terjun ke dalam kolam Poppie.

Kejohanan ANA Inspiration biasanya dilangsungkan pada bulan April, tetapi telah ditunda dan diadakan tanpa peminat kerana pandemik koronavirus.

“Sejujurnya, saya berasa bertuah kerana memenangi kejohanan ini dan saya percaya saya akan dapat merasainya selepas berjumpa dengan keluarga saya,” tambahnya, yang merangkul kemenangan LPG ke-4 dan kali pertama sejak Kia Klasik pada 2017.

“Ia sedikit mengecewakan hanya melakukan bogey di lubang ke-17, jadi saya merancang membuat pukulan birdie di lubang ke-18 dan melakukan sebaiknya untuk membuatkan saya bangga,” tambahnya. “Apabila pukulan tersebut masuk, saya rasa terkejut.”

“Tuah mungkin telah membantu saya sedikit,” ujar Lee yang sekaligus dinobatkan sebagai juara. – AFP