Lee Min Ho buat kemunculan semula selepas berehat tiga tahun

Selepas kira-kira tiga tahun tidak aktif sebagai pelakon, akhirnya bintang popular Korea, Lee Min Ho kembali dengan drama terbaharu berjudul The King: Eternal Monarch.

Menurut laporan Kstarlive, Lee Min Ho berkata kemunculannya ini bersama imej baharu kerana dia telah mempelajari banyak perkara mengenai kerjayanya dahulu.

“Saya berehat selama kira-kira tiga tahun dan melihat kembali diri saya. Saya telah sampai ke titik di mana saya perlu menggambarkan diri saya sebagai seorang pelakon berusia 30an berbeza dengan imej dahulu.

“Saya fikir ini juga merupakan masa yang pen-ting untuk menunjukkan perkembangan kerjaya kerana saya banyak melihat kerjaya masa lalu dan mempelajari banyak hal.

“Saya banyak memikirkan arah masa depan! Akhirnya saya melangkah ke set penggambaran semula dan dapat rasa di sinilah tempat saya patut berada,” katanya.

Dalam pada itu, Lee Min Ho memberitahu dia berasa gementar kembali semula ke dalam industri seni.

“Saya berasa gementar, sejak berusia 30an ini saya rasa mendapat lebih banyak kelonggaran sebagai Lee Min Ho.

“Kelonggaran dalam beberapa perkara seperti kerja, atau apa saja,” ujarnya. – Agensi

Lee Min Ho aktif semula sebagai pelakon apabila muncul dalam drama terbaharu. – Agensi