Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Lee Min Ho intai ruang di Malaysia

    Bintang K-Pop fenomena dunia, Lee Min Ho, 35, tersentuh hati melihat sambutan luar biasa peminat selepas enam tahun tidak datang ke Malaysia.

    Ketibaan aktor Korea Selatan paling berpengaruh ke Malaysia itu disambut meriah sehingga diserbu peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tengah malam, baru-baru ini.

    Cukup menyenangi peminat di Malaysia, aktor yang memiliki 30.9 juta pengikut di Instagram (IG) itu tidak menyangka masih meraih sokongan luar biasa.

    “Masa berlalu dengan begitu pantas. Saya tidak menyangka masih disambut baik peminat selepas enam tahun tidak datang ke Malaysia.

    “Sebaik melangkah keluar dari pesawat, saya lihat peminat sudah memenuhi ruang sambil menjerit ‘saya rindu awak’.

    Min Ho sentiasa bersemangat dan tenang setiap kali datang ke Malaysia. – Agensi

    “Saya dapat melihat sepanduk tulisan mengatakan mereka merindui saya. Ini membuatkan hati saya benar-benar tersentuh.

    “Saya juga amat gembira dan teruja dapat kembali ke Malaysia,” katanya kepada BH Online.

    Min Ho ditemui pada sidang akhbar sempena Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th, sebelum muncul di pentas sebagai penampilan khas selaku duta antarabangsa Cuckoo di Stadium Axiata Arena, semalam.

    Turut hadir sama pada sidang media itu ialah penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Diminta berkongsi tiga perkataan menggambarkan peminat di Malaysia, bintang yang mencipta fenomena menerusi drama Boys Over Flowers, The Legend of the Blue Sea dan Pachinko itu menyifatkannya, baik, penyayang dan bersungguh-sungguh.

    “Saya bersemangat dan tenang setiap kali datang ke Malaysia.

    “Peminat di Malaysia sangat baik, manis dan penuh bersemangat,” katanya.

    Mengulas mengenai harapannya, jejaka tinggi lampai yang cukup dikenali dengan kehandalan bermain permainan video dalam talian berkata, dia berharap mempunyai ruang bekerjasama dengan penggiat seni di Malaysia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...