Lee Min Ho jalin hubungan cinta dengan Yeonwoo

Nama pelakon Lee Min Ho kembali menjadi bualan hangat peminat apabila dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan dengan bekas ahli kumpulan Momoland iaitu Yeonwoo.

Portal hiburan Dispatch melaporkan pasangan ini sudah bercinta hampir lima bulan, lebih menguatkan spekulasi apabila tersebar mereka menghabiskan masa berdua, baru-baru ini.

Menafikan dakwaan tersebut, agensi pengurusan Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment menjelaskan kedua-dua selebriti ini tidak mempunyai sebarang hubungan dan hanya berkawan biasa sahaja.

Agensi turut memaklumkan foto tular itu bukan hanya melibatkan mereka berdua, sebaliknya ada juga rakan-rakan lain yang berada di lokasi tersebut.

Sementara itu, nama Lee Min Ho menjadi bualan di Twitter berikutan gosip cinta tersebut.

Rata-rata peminat mula kecewa dan patah hati apabila membaca laporan berita aktor kesayangan mereka dikatakan sudah mempunyai kekasih, namun mereka kembali lega selepas agansi artis itu mengeluarkan kenyataan menafikan perkara berkenaan.– Agensi

Lee Min Ho dan Yeonwoo dikatakan sudah bercinta sejak lima bulan lalu. – Agensi