Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lee Min Ho sempat bergurau semasa pengumuman perkahwinan Lee Seung Gi, Lee Da In

    Pengumuman perkahwinan Lee Seung Gi yang dimuat naik menerusi Instagram telah mengejutkan ramai peminat.

    Pelbagai respons dan ucapan tahniah memenuhi ruangan komen untuk kekasih Lee Da In. Salah satunya datang dari Lee Min Ho.

    Bintang The Heirs itu mempunyai cara tersendiri untuk menjawab pengumuman perkahwinan Lee Seung Gi: dengan cara bergurau.

    Lapor Koreaboo, baru-baru ini, dia menyebut judul lagu milik Lee Seung Gi. “Apa? Adakah ini situasi di mana Lee Seung Gi menyanyi lagu ‘Will You Marry Me?’” tanya Lee Min Ho.

    Gurauan itu turut dibalas oleh pasangan pengantin. Lee Seung Gi menjawab, “Saya perlukan penyanyi rap, apa pendapat awda?”

    Hubungan cinta Lee Seung Gi dan Lee Da In mula didedahkan kepada umum pada Mei 2021. – Agensi

    Warganet memberi respons mesra terhadap interaksi antara Lee Min Ho dan Lee Seung Gi. Tidak sedikit yang mentertawakan Lee Min Ho yang berkarisma, tetapi juga kelakar.

    “Komen Lee Min Ho memang comel. Dia nampaknya mempunyai watak ganda,” komen seorang warganet.

    “Lee Min Ho rap akan jadi sangat lucu. Saya tidak tahu mereka adalah kawan baik,” tambah warganet lain.

    Seperti diberitakan, Lee Seung Gi membuat pengumuman bahawa dia menyebut ‘keputusan terpenting dalam hidupnya’ melalui Instagram, semalam. Perkahwinan pelakon berusia 38 tahun itu akan diadakan pada 7 April 2023.

    Hubungan cinta Lee Seung Gi dan Lee Da In mula didedahkan kepada umum pada Mei 2021. Ketika itu, media melaporkan kedua-duanya mula bercinta sejak akhir 2020.

    Menurut saluran berita itu, mereka mempunyai hubungan rapat kerana minat sama untuk berlakon, dan kedua-duanya juga gemar bermain golf. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...