SEOUL – Tahun ini menyaksikan kepulangan bintang K-pop yang selesai menjalani latihan ketenteraan.
Selebriti Kim Hyun-joong dari kumpulan SS501 akan dilepaskan 11 Februari ini sementara rakannya, Park Jung-min akan meninggalkan tentera 1 Julai.
Kedua-dua anggota kumpulan TVXQ akan dilepaskan tahun ini ialah Yunho pada 20 April dan Changmin pada 18 Ogos.
Bekas anggota mereka, Yoochun dari JYJ juga dijangka meninggalkan tentera pada 26 Ogos. Eunhyuk, Donghae dan Siwon daripada Super Junior masing-masing akan dilepaskan pada 12 dan 14 Julai serta 18 Ogos.
Lee Seung-gi, yang menyertai tentera dengan single “I’m Going to the Military,” akan dilepaskan 31 Oktober ini.
Bintang yang lahir antara 1986 dan 1988 akan menukar gaya hidup selebriti mereka kepada tugas ketenteraan tahun ini.
Sesetengah aktor popular termasuk Kim Soo-hyun, Lee Min-ho dan Jang Keun-suk akan memulakan khidmat wajib mereka.
Manakala Joo Won, Seo In-guk dan Ji Chang-wook menunjukkan hasrat menyertai tentera tahun ini.
Lahir pada 1986, Yoo Ah-in perlu menjalani pemeriksaan semula Mac ini untuk memutuskan jika beliau menyertai tugas aktif atau simpanan.
Tahun ini juga menyaksikan bintang K-pop dari JYJ dan T.O.P dari Big Bang memasuki pasukan polis pada 9 Februari ini selain Kim Hyung-jun dari SS501, walaupun tarikh sebenar tidak dipastikan.
Dalam sidang media terbaru, Kyuhyun dari Super Junior berkata, beliau akan disenarai tahun ini sebagai yang terakhir menyertai khidmat wajib dalam kumpulan mereka. – Agensi