KUALA LUMPUR, 1 FEB – Bekas atlet renang para M, Koh Lee Peng pasti tidak dapat melupakan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, apabila berpeluang meraikannya bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bandar Perda, Pulau Pinang, hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan, Lee Peng sangat bersyukur dan berterima kasih terhadap kunjungan mesra serta sumbangan diberikan Ahmad Faizal, yang turut ditemani isterinya Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
Lee Peng merupakan antara bekas atlet negara yang dibantu YAKEB. – Bernama