Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lee Zii Jia harus akui kehebatan jaguh China

    KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Impian jaguh perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia untuk mencipta sensasi pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 musnah selepas disingkirkan pemain China, Zhao Jun Peng, Pada pusingan ketiga saingan yang berlangsung di Tokyo, hari ini.

    Turun selaku pilihan lima kejohanan, Zii Jia, yang dilihat gagal mempamerlkan prestasi sebenarnya, tumpas kepada pemain berada di ranking ke-23 dunia itu, 19-21, 21-11, 19-21 dalam pertarungan selama 65 minit di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

    Mengulas mengenai aksinya, Zii Jia mengakui banyak melakukan kesilapan hingga menyaksikan pemain China itu berjaya menempah slot ke suku akhir menentang pemain India, HS Prannoy yang menundukkan rakan sepasukannya, Lakshya Sen, 17-21, 21-16, 21-17.

    “Saya akan cuba su-paya lebih tenang dan menstabilkan lagi prestasi saya untuk kejohanan seterusnya,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan tersebut.

    Dalam pada itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke peringkat seterusnya selepas mengecewakan pasangan senegara, Goh Szw Fei-Nur Izzuddin Rumsani, 21-17, 21-19. – Bernama

    Aksi Lee Zii Jia semasa menentang Zhao Jun Peng
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...