Leece tersingkir dari Serie A

ROM, 3 OGOS – Lecce telah disingkirkan dari Serie A selepas satu musim berada di liga utama Itali kelmarin ketika musim yang dramatik di dalam dan luar padang di Itali kini telah berakhri.

Pasukan Fabio Liverani tewas 4-3 di laman sendiri ke atas pasukan yang menduduki tangga pertahanan liga, Parma, tetapi mereka masih kekal tersingkir ke Serie B kerana Genoa yang turut bergelut telah berjaya menewaskan Hellas Verona, 3-0 dalam perlawanan yang penuh drama, apabila empat orang pemain menerima kad merah, termasuk jurulatih Verona, Ivan Juric.

Leece, yang disingkirkan ke Serie B selepas menduduki tangga ke-17, berada dua mata di belakang Genoa, yang perlu memenangi perlawanan dalam pusingan akhir dan perlu menewaskan Parma dan berharap Genoa gagal untuk mengutip mata penuh menentang Verona bagi mengekalkan mereka berada di divisyen atas.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan Lecce, Fabio Lucioni yang membebankan rakan sepasukannya selepas 10 minit perlawanan apabila menjaringkan gol sendiri selepas sepakan Hernani terkena palang. Gianluca Caprari kemudian menggandakan jaringan untuk pasukan pelawat 13 minit kemudian apabila dia menyepak masuk hantaran Hernani.

Tidak lama selepas itu, Antonio Sanabria menjaringkan gol kedua dari dua golnya untuk Genoa untuk meletakkan pasukan tuan rumah 2-0 menentang Verona di Stadio Luigi Ferraris, sekali gus meleburkan harapan Leece untuk kekal di Serie A. Leece bagaimanapun tidak mengalah dan dua gol jaringan pantas untuk menyamakan kedudukan, Antonin Barak dalam 40 minit perlawanan sebelum Biagio Meccariello menyamakan kedudukan melalui tandukan derasnya sebelum separuh masa.

Walau bagaimanapun, pada masa itu, Genoa mendahului dengan 3 gol dan kini terselamat dari penyingkiran.

Andreas Cornelius telah mengukuhkan kedudukan enam minit selepas rehat ketika dia mengetuk umpannya apabila di menendang masuk bola hantaran Antonio Barila, sebelum Barila memberikan satu hantaran yang cantik kepada Roberto Inglese untuk menjarakan semula kedudukan mendahului dua gol pada minit ke-66.- AFP