Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lega dapat lepaskan kekecewaan

    Di sebalik kejayaan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini, penyanyi itu mendedahkan tidak melalui jalan mudah pada malam bersejarah buat dirinya itu.

    Aina atau Nurul Aina Abdul Gani, 29, berkata, dia berasa tertekan apabila pelbagai isu lain tidak berkaitan diperkatakan tentang dirinya membuatkan tumpuannya terganggu selain sering menangis.

    “Mungkin salah saya sendiri kerana banyak membaca komen-komen di media sosial sehingga memberi kesan kepada saya. Saya sendiri tidak ingat berapa kali menangis setiap kali mengadakan perjumpaan bersama pasukan saya untuk konsert ini.

    “Bagaimanapun pengurus saya sering ingatkan supaya kurangkan masa dengan sosial media dalam tempoh seminggu sebelum konsert,” katanya. 

    “Saya rasa amat lega dapat lepaskan segala kekecewaan dalam semua lagu yang disampaikan pada konsert ini,” tambahnya.

    Aina Abdul akui berasa tertekan apabila pelbagai isu lain tidak berkaitan diperkatakan tentang dirinya. – Agensi

    Dalam pada itu, di sebalik cabaran terpaksa dihadapinya, Aina menganggap penganjuran konsert itu memberi satu pengalaman baharu apabila dia sendiri turun padang menguruskan kelancaran konsert itu.

    Menurut penyanyi lagu Sepi ini, malam pertama konsert menjadi lebih baik dari apa yang telah dirancang sebelum ini dan disebabkan itu Aina juga rasa sebak tatkala melihat reaksi penonton.

    “Selama ini orang mungkin ingat perancangan saya untuk mengadakan konsert adalah tidak masuk akal. 

    “Saya hadiri banyak mesyuarat yang memang tidak biasa saya lakukan sebagai seorang penyanyi sebab saya tidak tahu bercakap tentang soal perniagaan atau kewangan. Syukur konsert ini menjadi lebih baik dari apa yang dirancang. Terutamanya ketika menukar baju dalam tempoh masa singkat. Saya banyak merujuk YouTube dan penyanyi antarabangsa boleh melakukan dalam tempoh 30 saat.

    “Namun disebabkan saya wanita berhijab, memadai proses pertukaran dilakukan kurang dari dua minit. Semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

    Sementara itu, menerusi konsert berkenan, Aina menggayakan tiga persalinan sepanjang dua jam konsert berlangsung dan salah satunya adalah rekaan Melinda Looi yang menggunakan rambut sebenar.

    “Kesemua baju yang saya pakai ada cerita tersendiri, salah satu daripadanya diperbuat daripada 150 helai rambut sebenar yang direka khas oleh Melinda,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...