Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Legenda basikal tuntut mogok

    RENNES, 20 Jun – Juara lima kali Tour de France, Bernard Hinault menyeru kepada para pelumba bagi perlumbaan tahun ini untuk mengadakan bantahan terhadap Chris Froome yang disifatkannya sebagai ‘penipu’, selepas terlibat dengan isu doping.

    Froome telah didapati memiliki kadar Salbutamol yang dibenarkan dalam sistemnya semasa Vuelta a Espana pada September lalu di mana dia menjuarai perlumbaan itu sebelum memenangi Giro d’Italia pada Mei lalu sekali gus menjadikannya pelumba pertama yang merangkul tiga Grand Tour dalam satu masa sejak Hinault pada 1983.

    Juara empat kali Tour de France mengakui bahawa tidak melanggar mana-mana peraturan tetapi menurut Hinault, dia adalah seorang penipu dan ketika pihak berkuasa basikal ragu, kuasa pelumba digunakan.

    “Jika pihak berkuasa antarabangsa tidak menyekatnya, ia tertakluk kepada pelumba yang lain untuk menerima bebanan itu,” beritahu Hinault kepada AFP.

    “Jika para pelumba menerima penipuan semasa perlumbaan itu, jadi itu masalah mereka!” Hinault mencabar barisan pelumba untuk mogok semasa hari pembukaan Jelajah 2018, iaitu perlumbaan bermula dari Noirmoutier hingga Fontenay-le-Comte serta di pinggir laut Atlantik pada 7 Julai depan.

    “Para pelumba perlu berhenti dan mogok, berkata ‘jika dia ada, kami tidak meneruskan’. Barisan pelumba terlalu baik. Kami mengecam yang lain, semua orang bersetuju kecuali dia, anda memberitahu saya kerana anda menyifatkannya sebagai penemuan yang buruk, ia tidak betul,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda