MANILA, 3 Ogos – Legenda bola sepak England, Terry Butcher meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Filipina tanpa mengendalikan mana-mana perlawanan dan berkata, beliau tidak mampu melaksanakan tugas tersebut.
Butcher yang pernah beraksi dalam Piala Dunia sebanyak tiga kali pernah mengendalikan di England, Scotland, Wales dan Australia, meletak jawatan kurang daripada 50 hari menggalas tugas itu selepas dilantik pada 14 Jun lalu.
Keputusan yang mengejutkan itu muncul menjelang skuad Azkals beraksi Piala Asia pertama pada Januari nanti.
Pengurus pasukan, Dan Palami berkata, ia merupakan satu yang malang bahawa bekas pengurus England itu mengatakan ia sukar untuk mengemudi pasukan kebangsaan itu.
“Kami faham dan menghormati keputusan Terri Butcher untuk tidak meneruskan sebagai pengurus pasukan Filipina,” menurut Palami dalam satu kenyataan.
“Butcher meluahkan rasa sukar untuk melaksanakan rancangannya bagi program pasukan kebangsaan ini,” tambahnya. Menurut Butcher, beliau telah memutuskan bahawa beliau tidak mampu membentuk program untuk pasukan Filipina.
“Isu utama bagi saya adalah untuk membentuk rancangan secara teliti yang menepati harapan bola sepak bagi pasukan kebangsaan ini,” katanya dalams atu kenyataan kepada Press Association dari Britain. “Saya tidak mampu melakukan tugas ini seperti mana yang saya mahukan dan saya memutuskan untuk tidak meneruskan tugas ini,” katanya.
Butcher dilantik menjadi jurulatih menggantikan Thomas Dooley yang membantu pasukan itu mara ke Piala Asia tahun depan dan melonjakkan mereka ke kedudukan 111 dalam FIFA pada Mei lalu.
Sementara itu, Scott Cooper dari Ireland yang dilantik menjadi penolong Butcher, akan mengendalikan pasukan itu bagi membuat persediaan kejohanan akan datang.
Ujian terbesar adalah Piala AFF Suzuki, Kejohanan Asia Tenggara, sebelum Piala Asia di mana pasukan Filipina bersaing dengan China, Korea Selatan dan Kyrgyzstan dalam kumpulan yang sama. – AFP