Legenda England, Jimmy Greaves meninggal dunia

LONDON, 19 SEPT – Bekas penyerang England, Jimmy Greaves, salah seorang penyerang terbaik England telah meninggal dunia pada usia 81 tahun, demikian diumumkan bekas kelabnya Tottenham Hotspur hari ini.

“Kami sangat sedih mengetahui pemergian Jimmy Greaves yang hebat, bukan hanya pencetak gol Tottenham Hotspur tetapi juga pemain terbaik yang pernah dilihat negara ini,” kata kelab itu.

“Jimmy meninggal dunia di rumah pada awal pagi ini (Ahad, 19 September), berusia 81 tahun.”

Seorang anggota pasukan yang memenangi Piala Dunia 1966, Greaves menjaringkan 44 gol dalam 57 penampilannya untuk England.

Rekod jaringannya luar biasa kerana dia menjaringkan 356 gol dalam liga terbaik England, satu rekod yang masih kekal.

Semasa beliau bersama Tottenham, dia menjaringkan 266 gol dalam 379 penampilan antara 1961 dan 1970. 37 gol liga yang dia jaringkan pada musim 1962/63 masih belum dapat ditewaskan oleh pemain Spurs dalam satu musim. – AFP