Legenda golf Australia dikuarantin di rumah

MIAMI, 27 DIS – Pemain golf Australia, Greg Norman kelmarin berkata dia telah dikuarantin di rumah selepas ditahan di hospital semasa Hari Krismas kerana menghidapi simptom gejala COVID-19.

Pemain golf Australia, 65, bekas pemain nombor satu dunia yang memenangi Terbuka British pada 1986 dan 1983, berkata dalam satu posting Instagram kelmarin bahawa dia masih mengalami demam, sakit sendi dan otot dan sakit kepala tetapi pada tahap yang lebih rendah.

“Saya berada di rumah sekarang selepas ditahan di wad kecemasan, apabila mengalami simptom yang saya rasa sebelum ini ada kaitan dengan COVID.

Pada hari Jumaat, Norman telah mengongsikan foto dirinya dengan peralatan perubatan di belakangnya dan menggunakan topeng NFL Pittsburgh Steelers.

Norman bertanding dalam Kejuaraan PNC minggu lalu di Orlando dengan anaknya Greg Jr., di kedudukan kesembilan.

Dia diuji negatif untuk COVID-19 sebelum acara itu dan sekali lagi pada Selasa lalu. – AFP

Greg Norman dari Australia ketika beraksi pada pusingan terakhir Kejohanan PNC di Kelab Golf Ritz-Carlton Orlando pada 20 Disember lalu. – AFP