Legenda Hollywood Kirk Douglas meninggal dunia

Pelakon legenda Hollywood, Kirk Douglas meninggal dunia pada usia 103 tahun kerana penyakit strok.

Berita kematian Kirk disahkan oleh anak lelakinya yang juga merupakan seorang aktor, Michael Douglas, dalam satu kenyataan kepada majalah People.

“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan bahawa Kirk Douglas berusia 103 tahun telah meninggalkan kami pada hari Rabu.

“Di mata dunia, dia adalah seorang legenda, seorang pelakon pada zaman kegemilangan perfileman di era emasnya, dan seorang yang komited dalam misi memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan,” kata Michael menerusi laman Instagram.

Terdahulu, pada tahun 1991, mediang Kirk Douglas pernah terlibat dalam kemalangan helikopter tetapi selamat.

Mengikut rekod, mendiang Kirk pernah membintangi filem ikonik Hollywood seperti filem I dan Spartacus.

Sebelum ini beliau pernah tercalon dalam anugerah Oscar sebanyak tiga kali sebagai pelakon terbaik melalui filem Champion, The Bad Beautiful dan Lust for Life. – Agensi

Bintang legenda Hollywood, Kirk Douglas meninggal dunia Rabu lalu pada usia 103 tahun. – Agensi