Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Legenda negara bakal beraksi dalam Festival Bola Sepak Trofi SMJ 2022

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Wira bola sepak Negara Brunei Darussalam akan menyertai pasukan-pasukan dari negara jiran termasuk Singapura, Malaysia dan Indonesia untuk bermain dalam Festival Bola Sepak Kemerdekaan Sabah, Festival Bola Sepak Trofi SMJ 2022, yang bermula pada 16 September di Stadium Likas, Sabah.

    Kejohanan julung kali itu akan dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah dengan kerjasama Kelab Bola Sepak SS90 Sabah, menjadikannya salah satu kejohanan utama di negeri berkenaan.

    Lapan pasukan yang terdiri daripada Sabah, Sabah SMJ, Sarawak, Johor, Selangor, Indonesia, Singapura dan Brunei akan bersaing dalam kejohanan itu. Pasukan Brunei terdiri daripada bekas pemain kebangsaan Pengiran Sallehuddin bin Pengiran Haji Damit; Azmanuddin bin Haji Gillen; Ibrahim bin Haji Abu Bakar; Radiman bin A Rahman; dan Abang Norsillmy bin Abang Haji Taha.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA), Awang Matusin bin Sumpong akan mengetuai delegasi yang merangkumi seramai 23 anggota dan lapan ahli persatuan itu.

    Para pemain sibuk berlatih sebagai persiapan menghadapi pertemuan setelah meninggalkan negarahari ini. Antara nama besar yang dijangka diketengahkan termasuk Yap Wan Looi; G Raveychandran; Jelius Ating; Fandi Ahmad; Malik Awab; Azman Adnan; Shahril Arsat; Bambang Pamungkas; Elie Aiboy; dan lain lain.

    Sementara itu, pengerusi bersama pertandingan, Datuk Peter Anthony turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai pada majlis pelancaran pertandingan yang akan disusuli dengan perlawanan pembukaan. Pasukan itu dijadualkan kembali ke Brunei pada 19 September ini.

    Antara wira bola sepak Negara Brunei Darussalam yang mengikuti Festival Bola Sepak Kemerdekaan Sabah, Festival Bola Sepak Trofi SMJ 2022, yang bermula pada hari ini di Stadium Likas, Sabah.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...